KUMPULAN 05/97

KUMPULAN 05/97

January 22, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun ini kita semua beroleh kejayaan dan tercapai segala impian yang kita tanam sejak dari mula melibatkan diri dengan kerjaya perubatan ini. Sekiranya di tahun lepas kita telah mencapai sasaran dalam setiap keinginan yang kita inginkan... syukur alhamdullilah... Sungguhpun saya agak lewat ke udara tetapi harapan saya semoga sahabat-sahabat saya yang selama ini bekerja dengan bersungguh-sungguh, telah beroleh kejayaan dalam jawatan baru. Tahniah mane-mane rakan yang telah jump ke u32 @ u36. Segunung tahniah saya panjangkan dan sesiapa yang telah layak... silalah memohon.. mungkin tahun ini untuk anda.... Wassalam

June 02, 2010

Mohon Sumbangan Gambar

SALAM SEMUA GENG...
kalau sesiapa yang mempunyai gambar-gambar lama semasa kita di kolej dulu... untuk saya masukkan dalam blog ini sebagai kenangan bersama... sila hubungi saya di facebook ( muhammad aridi ) atau email kepada saya di aridiecm@yahoo.com. Kerjasama anda semua amat dihargai.... Terima Kasih.

February 24, 2010

Kerja Itu Satu Ibadah


Etika Kerja Dalam Islam

Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu "pekerjaan" yang baik ialah tugas yang diamanahkan kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah.

Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat.Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah SWT:Maksudnya:



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya".


(Al-Baqarah: 286)

Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat ini menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya.Selain dari itu, setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah SWT:Maksudnya :




"Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya".


(Al-Muddaththir : 38)

Ini bererti sekiranya seseorang itu tidak menunaikan kerja dengan sewajarnya, seperti mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinya ia akan dihukum di akhirat kelak walaupun mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman di dunia ini. Sebaliknya berbahagialah seseorang itu di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam.




Daripada apa yang telah diutarakan, jelaslah bahawa menurut ajaran Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam tidak menyukai kepada pengemis dan penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya. Samada seseorang pekerja itu dapat menunaikan tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap pekerja itu sendiri. Islam telah menggariskan etika kerja dalam Islam antaranya :

1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
4. Bekerja Dengan Semangat Kerjasama Dan Berpadu Fikiran

January 23, 2010

SEGULUNG IJAZAH


SAJE NAK SERVEY..... PASAL DEGREE NI......
EMPAT (4) IJAZAH YANG DIIKTIRAF KKM BAGI PPP MELANJUTKAN PELAJARAN DAN IJAZAH INI DILULUSKAN DI DALAM SKIM KKM UNTUK KENAIKAN PANGKAT KEPADA U41.

IJAZAH YANG SEPERTI DI BAWAH:

1) PRE HOSPITAL CARE

2) EMERGENCY

3) FORENSIK

4) KEJURURAWATAN.

MANA -MANA YANG DAH AMBIL DEGREE NI.... TOLONG HABAK MAI KAT CEK.... NAK TAU JUGA CAMNE.... SENANG KE BELAJOR FULL TIME.... ATAU X LEH KO BUAT PART TIME... KAWAN RASO... MINAT JUGAK... TAPI UMO DAH TUO....

MEMORI SILAM







BERKELAH DI GUNUNG STONG
DABONG. SEMASA CUTI SEMESTA









BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI MTP KPPAS

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOLEJ PPP SEREMBAN NS








BERKELAH DI PANTAI MERDEKA
BERSAMA TOK BATIN













LAWATAN KE ISTANA JAHAR / BANDAR KOTA LAMA DI KOTA BAHRU KELANTAN











BARISAN KUMP DIKIR BARAT KPPAS GENG KUMP 4













GAMBAR KENANGAN DI BILIK KULIAH KPPAS BERSAMA GENG KUMP 5.












JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS - LIMA DI LANGKAWI















BARISAN ATLIT KPPAS.
BOLA SEPAK DAN SEPAK TAKRAW






Kenangan mengusik kalbu...... Memori indah bersama kalian semua tetap segar dalam ingatanku..... semoga jalinan mesra di antara kita semua tetap teguh.

October 29, 2009

ex-graduankppas



SALAM SEMUA....


APA KHABAR SEMUA GENG PPP TERUTAMANYA SEMUA GRADUAN KPP ALOR SETAR.SETELAH SEKIAN LAMA BERPISAH, SAYA DENGAN BEBERAPA GENG DARI KUMP 3,4,5 DAN 6 TELAH BERBINCANG UNTUK MENCARI MEKANISMA UNTUK KITA SEMUA BERKUMPUL DAN BERTEMU KEMBALI. SAYA PERCAYA RAMAI DARI KITA SEMUA SIBUK DENGAN TUGAS MASING-MASING, WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA MERASAKAN BAHAWA KENANGAN SILAM KITA SEMUA DI KOLEJ MAMPU MENARIK MINAT ANDA SEMUA UNTUK KITA RANCANGKAN SATU PERTEMUAN. SEELOKNYA DI KOLEJ.

SAYA DAN GENG INGIN MEMBINCANGKAN DENGAN ANDA SEMUA BERKENAAN HASRAT UNTUK MENUBUHKAN PERSATUAN BEKAS PELAJAR KPP ALOR SETAR. PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR KPPAS.MENGENAI RE-UNION DARI KUMP JUNIOR JUGA ADALAH MENARIK (TERBACA DALAM BLOG) DAN MUNGKIN KITA BOLEH BERKONGSI IDEA BAGI MENCAPAI HASRAT DAN MATLAMAT YANG SAMA.SESIAPA YANG BERMINAT, SILA BERI MAKLUMBALAS DALAM BLOG INI DAN MOHON KERJASAMA UNTUK HEBAHKAN PADA SEMUA.


SILA HUBUNGI KREW UNTUK MATLUMAT LANJUT:


1. MUHAMAD ARIDI - 019-7067433
2. MOHD AMIN - 013-9823144
3. MOHD AZAN - 012-6094748
4. AZLAN - 019 - 5424426
5. WAN ROSLI - 017-6996034
6. CIKGU AWIE - 012-6860936
7. WAN HASHIM - 017-9174074
8. ROSLI SATIMAN - 012-7686086
9. SANI YOO - 016- 9583218
10. NIK AZLI - 012- 7624029

SILA TINGGALKAN NO TELEFON ANDA. ANDA BOLEH BERKONGSIKAN IDEA, MAKLUMAT,KOMEN, NOTA ATAU BAHAN AKADEMIK BAGI PEMBANGUNAN KERJAYA ATAU APA-APA INFO YANG BERGUNA DAN BOLEH MEMBERI MENFAAT KEPADA SEMUA. WASSALAM..